Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Sanggup Berusaha Bersama...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan...

Rompak Bank Kerana Terdesak...

SUNGAI PETANI - Seorang bekas anggota tentera dilapor mengambil keputusan merompak cawangan sebuah...

Hati Rita Rudaini Sayu...

SETELAH bercerai dengan pemain bola sapak Aidil Zafuan, umum mengetahui pelakon Rita Rudaini...

Geng Samun ‘Myvi Hijau’...

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun yang dilaporkan di daerah...

Dua Wanita Calon Utama Perdana Menteri Thailand

BANGKOK – Dua pemimpin wanita muncul calon utama Perdana Menteri Thailand dengan tinjauan pendapat menyaksikan sokongan kepada Khunying Sudarat Keyuraphan daripada Parti Thai Sang Thai mengatasi calon Parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada perhimpunan agung Thai Sang Thai Jumaat lalu, Sudarat mengumumkan bahawa beliau sudah bersedia untuk menyokong ‘perlembagaan rakyat’ sekiranya terpilih sebagai Perdana Menteri. Parti Thai Sang Thai memilih 50 anggota eksekutif dan 11 timbalan pemimpin dalam perhimpunan sama.

Sudarat berkata demikian selepas dipilih sebagai pemimpin parti berkenaan. Beliau berikrar akan bekerja untuk rakyat dan mencadangkan mewujudkan perlembagaan baharu.

“Kami berazam untuk bekerja keras demi mengubah negara ke arah hala tuju lebih baik. Mulai sekarang, Thai Sang Thai menawarkan diri untuk mencipta kehidupan yang lebih baik kepada semua rakyat Thailand.

“Paling penting, perlembagaan rakyat mesti menetapkan hukuman seberat mungkin terhadap sesiapa sahaja yang cuba membatalkan perlembagaan,” katanya.

Sudarat menjadikan semakan semula undang-undang yang menyekat mata pencarian orang ramai, memerangi rasuah dan meningkatkan pendapatan di Thailand sebagai agenda politiknya.


Beliau berkata, Thailand harus memberi penekanan kepada sektor pelancongan, makanan, kesihatan, logistik dan pengangkutan serantau.

Sementera itu, anak bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra turut memberi ucapan di Chiang Mai dengan mengatakan bahawa Pheu Thai akan menang apabila setiap kali pilihan raya diadakan.

Ketika mengumumkan dirinya sebagai calon rasmi untuk jawatan Perdana Menteri, Paetongtarn menggesa orang ramai untuk mengundi parti diwakilinya dan memilih seramai mungkin Ahli Parlimen daripada kalangan calon Pheu Thai.

Move Forward Party juga telah mengumumkan calonnya dengan Pita Limjaroenra berkata bahawa beliau bersedia untuk mencipta masa depan baharu dan berkhidmat kepada semua rakyat Thailand sebagai Perdana Menteri.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori