Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu...

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah...

Anak Muda Harus Ada...

NILAI – Semangat Pendeta Za’ba harus ditiupkan khususnya dalam kalangan anak muda di...

Warga Nepal Didakwa Bunuh...

TANGKAK - Seorang pekerja kilang perabot warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di...

Sah! SPRM Akhirnya Tahan...

DICEKUP... Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini disahkan berjaya...

Garis Panduan Baru Bagi Persembahan Artis Luar Tahun Depan

Garis panduan baru akan dikeluarkan membabitkan persembahan artis antarabangsa yang dijangka diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mohammad Mentek dilaporkan berkata garis panduan baru itu sedang dimuktamadkan oleh jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) dan akan mengambil kira keseluruhan sensitiviti masyarakat Malaysia.

“Kami sebenarnya telah mengusahakan garis panduan baru itu sejak 2019 untuk menjadikannya lebih relevan dengan keperluan industri semasa bagi mengikut perkembangan situasi terkini dan trend semasa,” kata Mohammad seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Berdasarkan garis panduan sedia ada, penganjur dan penghibur perlu memenuhi syarat berkaitan etika berpakaian dan berkelakuan di atas pentas.

Menurut Mohammad, sistem baru juga sedang diusahakan untuk mengendalikan proses permohonan permit bagi persembahan artis luar negara dan krew penggambaran filem asing.

“Sistem ini akan dapat mengendalikan keseluruhan proses permohonan penggambaran filem asing dan persembahan luar negara dari peringkat awal perancangan sehingga tamat,” katanya.

Tambahnya, kementerian juga membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi aktivit penggambaran dan konsert dengan menghasilkan aplikasi buku panduan untuk diedarkan ke seluruh dunia.


Malaysia menjadi pilihan bagi penganjuran banyak konsert dan persembahan artis antarabangsa tahun ini berikutan pembukaan semula sempadan negara, yang menyaksikan bantahan daripada Pemuda PAS yang mendakwa acara sebegitu menggalakkan “hedonisme” dan menggesa kerajaan mempertimbangkan semula semua kebenaran yang diberikan setakat ini.

Sementara itu, laporan The Star turut memetik Pengerusi Persatuan Seni, Perayaan dan Acara Langsung Antarabangsa (Alife) R Para yang menyatakan harapannya agar garis panduan baru itu dinyatakan dengan jelas dan mesra industri.

“Industri persembahan langsung di Malaysia semakin pulih, tetapi untuk tahun ini, jumlah pendapatan hanya dijangka mencecah 50 peratus berbanding ketika prapandemik.

“Sebelum pandemik Covid-19, perniagaan dan acara hiburan menyumbang hampir RM1.2 bilion kepada ekonomi negara pada 2019.

“Kami menjangkakan sekurang-kurangnya ia akan mencecah separuh daripada jumlah ini tahun ini (RM600 juta) dan melepasi RM1.2 bilion pada 2023,” tambahnya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori