KABUL : Sebuah helikopter Black Hawk milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditinggalkan di Kabul dan digunakan oleh kumpulan Taliban terhempas semasa sesi latihan, menyebabkan tiga terbunuh.
Ikuti Mynewshub:Â Telegram
Insiden itu menyaksikan dua juruterbang dan seorang kru terbunuh, manakala lima lagi cedera.
Menurut Taliban, helikopter itu terhempas kerana mengalami masalah teknikal.
Ketika keluar dari Afghanistan pada tahun lalu, AS meninggalkan sejumlah helikopter, senjata dan peralatan ketenteraan.
Beberapa helikopter tersebut pernah digunakan pasukan tentera Afghanistan sebelum kerajaan diambil alih oleh Taliban.
Taliban pula mendakwa mereka berjaya membaiki beberapa helikopter untuk kegunaan sendiri.
-Utusan Online