LONDON : Cristiano Ronaldo meresahkan penyokong Portugal buat seketika apabila mengalami pendarahan di hidung gara-gara berlaga dengan penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik ketika membantu negaranya melakar kemenangan 4-0 dalam kempen Liga Negara-Negara awal pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Darah mengalir dari hidung bintang penyerang Manchester United itu ketika dia cuba mendapatkan bola tinggi hanya 12 minit selepas perlawanan berlangsung.
Ronaldo, 37, terbaring di atas padang sebelum mendapatkan rawatan dan kembali ke padang dengan memakai pelekat di hidung.
Dia kemudian menghukum pasukannya apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan gara-gara bola terkena tangan, namun Portugal terselamat apabila tendangan Patrik Schick terkena palang.
Kecederaan Ronaldo bagaimanapun tidak menjejaskan Portugal yang melakar kemenangan 4-0 menerusi dua jaringan Diogo Dalot dan satu gol masing-masing disumbangkan Bruno Fernandes serta Diogo Jota
Kemenangan itu menyaksikan Portugal hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir Kumpulan 2, menentang Sepanyol, Selasa ini untuk mengesahkan tiket ke saingan playoff.
Portugal menang 4-0 seterusnya akan berdepan Sepanyol di laman sendiri Selasa ini.
-Utusan Online