Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Sekolah Di Perak...

IPOH - Sebanyak 27 lagi pelajar dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI), menjadikan...

Dipecat, Makan Dan Ludah...

TIDAK amanah. Lelaki ini yang merupakan penghantar makanan telah dipecat selepas dia secara...

Best Outcomes Websites to...

Normally, ensure your essays may undoubtedly be write my paper for me distinct...

Teater MUD KL Dipentaskan...

MUD The Musical – A Story of Kuala Lumpur, sebuah teater yang mungkin...

Hong Kong Mulakan Operasi Musnah Periuk Api Perang Dunia Kedua

HONG KONG: Polis menutup ruang udara dan perairan di tenggara bandar raya itu sebelum meletupkan periuk api era perang seberat 220 kilogram (kg) yang ditemui di dasar laut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Superintendan Kanan, Suryanto Chin-chiu, dari biro pelupusan bahan letupan, berkata periuk api buatan British itu adalah yang pertama ditemui dalam keadaan lengkap sejak tiga dekad lalu.

Penyelam dari skuad elit dikenali sebagai ‘Flying Tigers’ dan pegawai pemusnah bom dikerah ke lokasi selepas periuk api itu ditemui di dasar laut Cape D’Aguilar pada 8 Ogos lalu.

Menurut pihak berkuasa, bahan letupan itu ditemui pada kedalaman 15 meter di timur laut Cape D’Aguilar.

Suryanto berkata, beliau percaya periuk api itu dipasang Tentera Laut Diraja British ketika Perang Dunia Kedua dan kekal di lokasi itu selama lebih 70 tahun lalu.

“Teritip ditemui pada permukaan periuk api terbabit, selain ia dikesan memiliki tanda hakisan disebabkan air laut,” katanya.

Beliau turut memberi amaran, walaupun periuk api itu berada di dasar laut sejak berdekad lalu, bahan peledak di dalamnya masih boleh mengakibatkan letupan.

“Jika seseorang mengganggunya atau kapal terlanggar periuk api itu secara tidak sengaja, wujud risiko ia akan meletup,” katanya.


Mengambil faktor jumlah bahan peledak serta kedalaman air, Suryanto berkata penilaian menunjukkan letupan yang mungkin berlaku dijangka melangkaui lingkungan 1km.

Bagaimanapun, kata beliau, zon perlindungan marin Cape D’Aguilar dan kawasan penempatan orang ramai di pesisir pantai, tidak akan terjejas.

Justeru, katanya, tiada keperluan untuk memindahkan orang ramai dari kawasan sekitar.

Suryanto berkata, polis melakukan sekatan di beberapa kawasan di darat dan perairan sejak Khamis lalu selain menutup ruang udara sekitar Cape D’Aguilar sebagai zon larangan penerbangan bagi pesawat serta dron antara jam 9 pagi hingga 3 petang Jumaat ini.

Walaupun Cape D’Aguilar terkenal sebagai lokasi pendakian, aktiviti menyelam dan luncur udara, Pemangku Superintendan Kanan itu merayu kepada orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan ketika operasi pihak berkuasa.

Tegasnya, pihak berkuasa yakin berkebolehan memusnahkan periuk api itu dengan selamat, dengan sekitar 500 pegawai polis terbabit dalam operasi berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori