Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengganti Mohd Rafiq Diumum...

PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka serta Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti...

Pengedar Dadah Ditahan, 38.42...

KAMPUNG GAJAH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di daerah ini...

JDT Lancar Token Digital

ISKANDAR PUTERI – Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan langkah kedepan...

94.8 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara...

Hukuman Diyat Sedang Diperhalusi

Bangi : Perbincangan lanjut sedang dijalankan sebelum hukuman diyat iaitu pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah dilaksanakan di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, pembentangan terakhir diadakan bulan lalu membabitkan pakar perundangan dan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurutnya, pelbagai indikator perlu diambil kira sebelum hukuman diyat dilaksanakan kerana ia membabitkan perundangan.

“Perbincangan terakhir sudah dijalankan bulan lalu dan banyak perkara yang perlu diteliti serta diperhalusi.

“Kerajaan akan teliti kerana hukuman diyat ini dapat diselarikan dengan undang-undang di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan 2022, di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bertitah supaya kerajaan mengkaji pelaksanaan hukuman diyat di negara ini.


Al-Sultan Abdullah bertitah, pelaksanaan hukuman diyat itu sudah dicadangkan oleh Baginda sejak lima hingga enam tahun lalu namun ia masih di peringkat kajian hingga kini.

Dalam perkembangan berasingan, Idris berkata, pihaknya masih mengesan seorang pengkid dikenali sebagai Mohd Syahid atau Ayid yang mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini

Katanya, pihak berkuasa agama setiap negeri kini masih mengesan wanita terbabit yang dikatakan sudah pulang ke tanah air.

“Apa yang saya dimaklumkan dia sudah pulang ke Malaysia tapi kami masih mengesannya.

“Pihak berkuasa agama juga masih mengesan keberadaannya untuk siasatan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori