Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

20 Terperangkap Dalam Bangunan...

BEIJING: Sekurang-kurangnya 20 orang terperangkap selepas satu letupan menyebabkan sebuah bangunan runtuh di...

Jenazah 6 Pejuang Zaman...

BESUT - Jenazah enam pejuang bangsa yang mati dibunuh tentera Jepun 72 tahun...

Ingkar Arahan Kor Ming,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) diarahkan keluar daripada...

Penerbit Malaysia Terkejut Tercalon...

PENCALONAN bagi anugerah berprestij, Anugerah Oscar yang diumumkan Isnin lalu ternyata memberi kejutan buat...

Indonesia Sedia 12 Kapal Perang Kawal Perairan Semasa G20

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia (TNI) tmenyediakan 12 Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Sidang Kemuncak Kumpulan Negara 20 (G20) di Bali pada November ini, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Panglima Angkatan Laut (KSAL), Laksamana Yudo Margono, pihaknya akan memuktamadkan dan melaporkan setiap proses persiapan keselamatan kepada Panglima TNI, Jeneral Andika Perkasa.

Menurut Yudo, pada dasarnya Tentera Laut sudah bersedia untuk melakukan kawalan keselamatan di sektor perairan sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak G20.

Dalam pelaksanaannya, Panglima Koarmada II, Laksamana Muda Hutabarat diberi kepercayaan untuk menjadi Komando Kawalan Operasi (Kodalops) untuk sektor perairan wilayah.

Yudo berkata, Hutabarat akan ditugaskan menguruskan kapal perang asing yang akan memasuki wilayah Indonesia.

“Akan ada kapal perang asing yang turut serta dalam persidangan ini mengikut keperluan negara-negara anggota yang terlibat.


“TNI akan memastikan kesemuanya berada di bawah kawalan sepanjang berlabuh dalam perairan Indonesia,” kata Yudo.

Kehadiran kapal perang asing bertujuan sebagai menjalankan tanggungjawab memastikan keselamatan ketua negara mereka yang datang ke sesebuah negara.

“Ini sudah menjadi perjanjian antarabangsa di mana dalam sebuah negara yang menjalankan persidangan atau pertemuan melibatkan ketua-ketua negara dunia,” jelasnya.

Sidang Kemuncak G20 ke-17 akan diadakan di Bali pada 15 hingga 16 November 2022.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori