Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Anggota Tentera Maut,...

Gurun: Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak...

Petronas Lantik Ahli Lembaga...

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah...

60 Rumah Untuk Mangsa...

GUA MUSANG - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membina 60 rumah kekal untuk...

MCMC Terima Permohonan Sekat...

PETALING JAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua permohonan Jabatan...

Isu Kapal LCS: Polis Rakam Percakapan Rafizi Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan Timbalan Presiden PKR,

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rafizi Ramli minggu depan susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan dakwaan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata

tarikh Rafizi dipanggil untuk diambil keterangan pada minggu depan akan dimaklumkan kemudian.

“Kita akan panggil beliau (Rafizi) untuk dirakam keterangan pada minggu depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Semalam, Rafizi menjelaskan bersedia untuk dipanggil polis susulan laporan dibuat terhadapnya berkaitan dakwaannya mengenai projek LCS.

Bagaimanapun, beliau turut mempersoalkan mengapa Abd Latiff belum dipanggil polis memberi keterangan walaupun laporan terhadapnya berhubung isu projek LCS dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini.

Selasa lalu, satu laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Sayed Ahmad Mui’izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.

Laporan itu dibuat susulan kenyataan Rafizi yang mengaitkan Abd Latiff dan seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh didakwa isteri keduanya turut terbabit dalam penyelewengan projek LCS.


Susulan itu, Eng Lai berkata, pihaknya mengesan dua video berkaitan kenyataan Rafizi yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dan Instagram miliknya pada 25 Ogos lalu.

Dalam perkembangan berasingan, Eng Lai berkata polis sudah merakam keterangan beberapa individu, termasuk seorang hakim bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan berkaitan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Katanya, pihaknya sudah merakam keterangan pegawai undang-undang dan hakim bagi membantu siasatan.

“Lebih kurang 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan. Kita juga dalam proses siasatan untuk mengesan siapa yang menyebarkan draf kehakiman itu,” katanya.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes pembocoran dokumen penghakiman perbicaraan Datin Seri Rosmah Mansor.

Eng Lai dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada pegawai undang-undang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jam 5.56 petang pada hari yang sama.

Kejadian itu disedari pengadu ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur apabila dimaklumkan berlaku kebocoran dokumen dalaman sulit yang juga dokumen draf awal disediakan oleh Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dokumen berkenaan adalah dokumen penyelidikan mengenai kes yang masih dalam perbicaraan yang juga pandangan oleh Unit Penyelidikan sebagai rujukan kepada Hakim.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori