Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Saifuddin Lawat 3 Negara...

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bakal mengadakan lawatan rasmi julung...

Peniaga Cedera Parah Dibelasah...

IPOH - Seorang peniaga cedera parah selepas dibelasah tiga lelaki dalam satu kejadian...

5 Petani Ditimbus Tanah...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya lima petani terbunuh dan 15 lagi masih hilang selepas tanah...

SPR Nafi Tidak Berlaku...

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan pihaknya tidak berlaku...

Jokowi Tidak Minat Jadi Presiden Penggal Ketiga

JAKARTA: Joko Widodo (Jokowi) tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding semula jawatan sebagai Presiden Indonesia untuk penggal ketiga.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Pejabat Kakitangan Presiden Indonesia, Jaleswari Pramodhawardani meminta agar spekulasi tersebut dihentikan.

“Tempoh perkhidmatan Presiden Jokowi hanya dua penggal.

“Tiada lanjutan tempoh kuasa dan pilihan raya juga tidak akan ditangguh,” katanya dalam kenyataan akhbar seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Menurut Jaleswari, idea melanjutkan tempoh kuasa Jokowi menjawat semula jawatan Presiden merupakan satu langkah ‘bahaya’.

“Sokongan terhadap idea itu seolah-olah menampar muka atau mengelirukan Jokowi.


“Mereka sedang bermain gimik yang membahayakan Jokowi. Ini seperti mereka memberi madu, tetapi ia adalah racun,” katanya lagi.

Sebelum ini, wujud spekulasi kononnya Jokowi berhasrat memegang jawatan Presiden melebihi mandat pentadbiran selama dua penggal yang akan berakhir pada 2024.

Dakwaan itu tular di sebalik ketegasan Jokowi yang berulang kali menjelaskan beliau tidak berminat menjadi Presiden untuk penggal ketiga dan patuh kepada had dua penggal yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Indonesia dijangka mengadakan tiga pilihan raya utama iaitu Pilihan Raya Parlimen, Gabenor dan Presiden pada 2024, yang pertama kali berlaku serentak dalam sejarah negara itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori