Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM India Dipaksa Pembangkang...

NEW DELHI - Perdana Menteri India, Narendra Modi dipaksa menunjukkan ijazah miliknya, beberapa...

Pemandu, Kelindan Lori Direman...

BATU GAJAH - Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari...

Amisha Si Ayu Perak...

KEHEBATAN seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun memenangi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia...

Hadi Terus Bangkitkan Isu...

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dipanggil polis semalam susulan kenyataannya berbaur hasutan,...

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

AMPANG – Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan demi melihat pemandangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku di lokasi satu kilometer dari Tol Bukit Teratai meghala ke Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan dengan tujuan melihat pemandangan.

“Kemudian sebuah motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta terbabit sehingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang lelaki di bahagian kaki, katanya dalam kenyataan.


Menurut Mohamad Farouk, mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan terdapat puluhan kenderaan didapati memberhentikan kenderaan sempena pembukaan Lebuh Raya Suke dengan tujuan untuk bergambar meskipun disifatkan sebagai satu tindakan yang berbahaya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori