Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Banjir : Sultan Nazrin...

KUALA KANGSAR - Prihatin dengan bencana banjir yang sedang melanda, Sultan Perak Sultan...

Singa Dan Naga Terpaksa...

KUCHING - Kumpulan penari tarian naga dan singa terpaksa berehat dan bakal kehilangan...

Ahli Politik Antara 80,000...

KOTA KINABALU - Ahli politik merupakan sebahagian daripada kira-kira 80,000 pembayar cukai individu...

Pemandu Lori Rentung Dalam...

KEMAMAN - Seorang pemandu lori tangki rentung setelah lorinya merempuh pembahagi jalan lalu...

Keputusan LHDN Saman Muhammad Shafee 28 September

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan 28 September ini, untuk keputusan kes saman difailkan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM9 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam bela Muhammad Shafee, Wee Yeong Kang, berkata tarikh itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, ketika pendengaran kes berkenaan menerusi aplikasi Zoom.

“Semua dokumen membabitkan kes itu sudah difailkan sebelum ini dan tiada dokumen tambahan dikemukakan hari ini.

“Keputusan kes menerusi aplikasi sama, pada jam 11 pagi, 28 September,” katanya ketika dihubungi selepas selesai pendengaran kes berkenaan.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 6 Mei lalu di Mahkamah Tinggi, dengan menamakan Muhammad Shafee, 69, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen diperoleh media, peguam berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Mengikut pernyataan tuntutan itu, kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016, defendan ditaksirkan dengan cukai pendapatan berjumlah RM621,291.85, RM978,854.11, RM3,581,500.000, RM1,735,124.03 dan RM1,826,557.87 melalui Notis-notis Taksiran bertarikh 27 Mei 2019.


Plaintif mendakwa, notis-notis Taksiran itu dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 31 Mei 2019, ke alamat terakhirnya di Jalan Tunku, Bukit Tunku, di sini, yang diketahui plaintif pada masa itu dan notis berkenaan tidak pernah dikembalikan kepada plaintif tanpa serah.

Menurut plaintif, seterusnya lebihan kredit sebanyak RM186,965.48 digunakan dan ditolak sebagai sebahagian bayaran cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2011 itu, meninggalkan baki yang masih terhutang dan perlu dibayar sebanyak RM434,326.37 bagi tahun taksiran berkenaan.

Defendan gagal untuk membayar jumlah cukai sebanyak RM434,326.37, RM978,854.11, RM3,581,500.00 dan RM1,735,124.03 dan RM1,826,557.87 dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis-notis Taksiran itu kepadanya (defendan) seperti ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh itu, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus masing-masing dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 yang masih belum dibayar.

Dakwa plaintif sehingga kini, defendan masih gagal membayar kepada plaintif amaun cukai pendapatan yang masih terhutang dan genap masanya yang perlu dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016, termasuk kenaikan dikenakan ke atasnya, semuanya berjumlah RM9,414,708.32.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM9,414,708.32, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori