Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Felda Jengka 17 Dikenakan...

MARAN - Felda Jengka 17 di sini akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan...

Kastam, UPP Rampas 210...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan kerjasama Unit Pencegah Penyeludupan...

DAP `Petik’ Nama Mahathir...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menuduh...

PAS Nafi Dakwaan Azmin...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan membenarkan jentera pilihan rayanya menjadi tunggangan Parti...

‘Kerjasama Dengan PAS Dibincang Pada Mesyuarat MKT 28 September’

JELEBU : Saranan supaya Majlis Kerja Tertinggi (MKT ) UMNO menutup terus pintu rundingan dengan PAS akan dibincangkan pada mesyuarat MKT 28 September ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli MKT, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata soal rundingan UMNO dengan PAS adalah pendirian parti dan berpandangan ada perkara yang mendatangkan kebaikan dan sebaliknya.

Katanya, secara peribadi, ahli UMNO sama ada pemimpin atau akar umbi perlu memberi mandat dan kepercayaan kepada MKT untuk mengkaji dan meneliti sebelum membuat keputusan akhir dalam soal kerjasama dengan PAS.

“Ia sama ada membabitkan kerjasama dalam bentuk persefahaman, gabungan atau tiada sebarang kerjasama.

“Justeru parti dan MKT belum membuat keputusan dan kita tunggu selepas mesyuarat MKT pada 28 September ini, dan yakin keputusan rasmi akan dibuat oleh parti,” katanya selepas Program Jelajah Bajet 2023 peringkat Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Jelebu di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Shahar Abdullah.

Jalaluddin berkata, sehingga keputusan dibuat, ahli UMNO diharap terus kekal dengan agenda memantapkan parti sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Ditanya mengenai mesyuarat cawangan UMNO berikutan ada usul membabitkan kepimpinan parti, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, ahli UMNO di setiap cawangan atau bahagian diminta memberi tumpuan bagi memantapkan UMNO dan bukannya bertelagah mengenai isu yang boleh dijadikan peluru oleh pihak lawan.

Katanya, mesyuarat sepatutnya membincangkan hal parti dan mengurangkan polemik, selain mengetepikan perbezaan.

“Sekarang, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob adalah Naib Presiden UMNO, manakala Presiden adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang perlu dipertahankan ahli pada semua peringkat.

“Kalau kita mempertikaikan presiden pada persidangan, bermaksud kita mempertikaikan parti, jika kita mempertikaikan Perdana Menteri, kita juga mempertikaikan parti,” katanya.

Justeru, beliau mahu polemik mempertikaikan kepimpinan dihentikan, sebaliknya persidangan digunakan bagi membincangkan hal menguatkan parti.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori