Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Program ‘Water For Life’...

PADANG BESAR - Program 'Water For Life', inisiatif Petronas Dagangan Berhad (PDB), telah...

Kenyataan Parti Warisan ‘Prejudis’...

KOTA KINABALU - Kenyataan Parti Warisan Sabah (Warisan) kononnya UMNO  campur tangan untuk melarang...

PAS Pada `Kaca Mata’...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kluang DAP, Liew Chin Tong menjangkakan pertembungan di...

Mungkin Hadi Dah Jumpa...

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO menempelak kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang...

KKM, Firma Swasta Meterai MoU, Rawat Pesakit Kanser Di Fasiliti Swasta

KUALA LUMPUR: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan firma penyediaan penjagaan kesihatan swasta IHH Healthcare Malaysia hari ini, membolehkan seramai 500 pesakit kanser yang mendapatkan rawatan di fasiliti kerajaan menerima rawatan di tujuh hospital swasta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang menyaksikan MoU itu berkata, ia satu perjanjian yang sangat bersejarah kerana ia tidak pernah dilakukan KKM dalam skala yang besar seperti itu dan ditaja sepenuhnya untuk menjalankan rawatan radioterapi dan radiosurgeri.

Katanya, pesakit akan dikenal pasti oleh pakar bagi melayakkan mereka mendapatkan rawatan menggunakan teknologi terkini menerusi kerjasama berkenaan.

“Kita pernah bekerjasama dengan hospital swasta tetapi tidaklah dalam skala yang besar. Ini (membabitkan) 500 pesakit kanser daripada hospital kerajaan merangkumi pesakit sedia ada akan dipilih. Pilihan dibuat oleh KKM, pihak hospital dan pakar onkologi.

“Mereka akan dirujuk tengok pada kesesuaian sama ada (tahap) kanser mereka sesuai untuk dirawat menggunakan gamma knife (pisau gamma) dan liner accelerator (pemecut liner).

“Kalau pakar onkologi mendapati mereka (pesakit kanser sedia ada) sesuai untuk menjalani rawatan yang disediakan di hospital di bawah IHH (Healthcare), maka mereka akan dipilih dan dirujuk ke situ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU di antara KKM dan IHH Healthcare Malaysia di sini.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Perubatan KKM, Dr Mohd Azman Yacob; Pengerusi Kumpulan IHH, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim; Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IHH, Dr Kelvin Loh dan Ketua Pegawai Eksekutif UHH Healthcare Malaysia, Jean-Francois Naa.


Mengulas sama ada konsep kerjasama di antara swasta dan kerajaan boleh diketengahkan sebagai langkah menyumberluar perkhidmatan KKM, Khairy berkata, ia bukan satu perkara baharu kerana ia pernah dilaksanakan sebelum ini.

Jelasnya, apa yang termeterai hari ini boleh diketengahkan sebagai model kepada penyumberluaran perkhidmatan kesihatan.

“Ada model penyumberluaran yang mana kita outsource sepenuhnya kepada perkhidmatan swasta atau kita boleh ambil konsep ini. Kita menyumberluar tetapi dengan kepakaran daripada KKM datang mengguna pakai peralatan di hospital swasta,” katanya.

Khairy dalam ucapannya turut berkongsikan data mengenai perkembangan kanser di negara ini, yang mana penyakit itu adalah 10 sebab utama kemasukan ke hospital swasta dan kerajaan.

Penyakit itu juga adalah penyumbang tertinggi kematian di negara ini.

“Kematian disebabkan kanser adalah sebab utama kematian di hospital swasta iaitu 35 peratus dan sebab keempat di hospital KKM,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu turut mengumumkan pembinaan dua lagi pusat kanser iaitu di Sarawak dan Kedah, menjadikan keseluruhan fasiliti berkenaan adalah tiga termasuk di Putrajaya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori