Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Luahan Suka Duka Jaguh...

TANGGAL 17 Ogos 2016, menjadi hari paling bermakna dan bersejarah buat pelumba basikal...

Jangan Cepat Menghukum Dollah...

TUMPAT - Peminat bola sepak negara diminta supaya jangan cepat menghukum jurulatih Dollah...

Menteri Kewangan Akan Ke...

PUTRAJAYA - Projek saluran paip gas membabitkan RM9.4 bilion adalah antara topik yang...

Alat Rangsang Seks Wanita...

LONDON - Anda mungkin biasa tahu dildo; sejenis alat rangsang seks wanita cukup popular yang...

KKM Tidak Benarkan Peranti Alternatif Dalam GEG

PUTRAJAYA : Peranti alternatif tetap tidak akan dibenarkan biarpun dicadangkan beberapa pihak untuk dimasukkan dalam pelan Generasi Penamat (GEG).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan undang-undang baharu itu menyasar individu yang lahir sejak 2007.

Beliau berkata, generasi itu tidak sepatutnya diberikan pilihan untuk merokok apa jenis bahan sekali pun.

“Atas sebab apa (untuk benarkan peranti alternatif)? Harm reduction (pengurangan kesan buruk)? Harm reduction adalah untuk mereka yang sudah merokok.

“Dalam undang-undang kita benarkan untuk mereka yang lahir sebelum 2007. Untuk mereka yang lahir selepas 2007, kenapa kita nak berikan pilihan kepada mereka merokok apa saja?

“Tidak perlu ada elemen pengurangan kesan buruk kerana mereka (individu yang lahir pada dan selepas 2007) tidak sepatutnya merokok. Kita mahu menghentikan pengenalan (kepada merokok),” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Agihan Dana Bagi Program Kesihatan Mental kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di KKM, di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh.

Khairy berkata, ketika ini penggunaan rokok elektronik atau vape dilarang serta tidak ada pengawalan dan undang-undang yang mengawal selia.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan mahu mengawal selia perkara ini.

“Bila dah ada kawal selia industri maka bolehlah mereka jual dan bolehlah mereka kata ini pengurangan kesan buruk. Tetapi mengapa kita nak perkenalkan tabiat ini kepada generasi muda yang tidak merokok?” katanya.

BH pada Isnin lalu melaporkan kaji selidik sebuah firma perunding pengurusan, Povaddo mengenai respon rakyat Malaysia terhadap transformasi dan kemajuan mendapati 79 peratus daripada responden berpendapat bahawa penyelesaian terbaik ke arah kemajuan sebenar dalam isu membabitkan GEG boleh dicapai menerusi jalan tengah.

Mereka berpendapat bahawa, rokok biasa sangat berbeza dengan peranti alternatif.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori