Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

WhatsApp Viral Petronas Akan...

KEMAMAN - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan dakwaan akan melepaskan gas dan bahan...

Selesaikan Sendiri Isu Jam...

BANGKOK - Kontroversi berkaitan jam tangan mewah yang dipakai Timbalan Perdana Menteri, Jeneral...

34 Pengamal Media Sertai...

KUCHING - Kira-kira 34 pengamal media menyertai Bengkel Laporan Berkesan Mengenai Bencana selama...

Polis Ada SOP Kawal...

SUBANG JAYA – Polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dalam...

KPM, PDRM Kerjasama Rapat Tangani Dakwaan Kes Culik Murid

TANJUNG MALIM : Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberi jaminan kementeriannya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan kes culik membabitkan murid sekolah yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, kerjasama itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil pihak Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan turut membuat kajian lebih mendalam dalam pelbagai aspek susulan kekerapan kes sedemikian.

“Ada bermacam-macam laporan (kes culik), sebab itu kita bekerjasama rapat dengan PDRM untuk memastikan kita tahu semua perkara yang dibangkitkan dan mengambil tindakan sewajarnya. Dalam konteks bagaimana bentuk laporan (kes) itu, kita serahkan kepada polis.

“Cuma apabila berlaku kes berkaitan murid sekolah, dalam apa jua keadaan, polis akan berhubung dengan pihak sekolah dan kementerian. Kita akan terus bekerjasama dengan PDRM dalam hal ini,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas program Eksplorasi Alam Lestari III di Pusat Perlindungan Hidupan Liar (PKHL), di sini hari ini, Radzi berkata, apa yang paling penting adalah ibu bapa mengambil pendekatan mendidik dan memastikan keselamatan anak-anak.

Katanya, murid juga sentiasa diingatkan mengenai keselamatan diri, bukan sahaja di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja.

“Kita tak kata semua tempat ada berlaku bahaya dan sebagainya, tetapi murid perlu memahami risiko ini dan apakah tindakan yang sewajarnya diambil,” katanya.


Mengenai ada laporan berkaitan kes culik murid yang kemudian disahkan palsu oleh polis, termasuk terbaharu di Perak kelmarin, Radzi berkata, kes sedemikian adalah di bawah bidang kuasa polis.

“Kes berlaku di luar sekolah, semasa (murid) dalam perjalanan balik dan sebagainya. Di peringkat kementerian, kita mempunyai maklumat agak terhad, polis yang akan menentukan siasatan dan apa asas sebenarnya setiap laporan yang dibuat.

“Jadi, kita tidak mahu buat spekulasi apa-apa kerana ia berada di bawah bidang kuasa PDRM. Bagaimanapun, KPM akan meneliti lebih mendalam setiap laporan yang dibuat berhubung isu culik membabitkan murid sekolah ini.

“Kita akan kaji dan teliti kebenaran cerita (laporan oleh murid). Kita tak mahu lihat luaran saja dan terus memberi kesimpulan kes itu. Kalau kita nak kata macam-macam kepada anak kita ini, generasi pada hari ini sememangnya terdedah kepada pelbagai maklumat dan sebagainya.

“Saya rasa ibu bapa pun inginkan semua anak bercerita secara jujur dan benar, namun apa keadaan di sebalik hal terbabit, nak kena semak secara mendalam,” katanya.

Kebelakangan ini, tersebar dakwaan termasuk yang dilaporkan media mengenai kes cubaan culik murid di beberapa negeri, namun ada antara kejadian itu kemudian dinafikan polis selepas siasatan mendapati mangsa mereka-reka cerita.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori