Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Ziarah Makam...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anggota...

Zahid Beri Keterangan Kali...

PUTRAJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu...

Penumpang Mabuk Pesawat Terpaksa...

WASHINGTON - Pesawat United Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Nashville, Tennessee, selepas...

ADUN Sg. Manik Antara...

IPOH — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin...

La Nina Muncul Lagi, Hujan Dan Banjir Dijangka Di Asia Tenggara

CANBERRA – Biro Meteorologi Australia mengesahkan pembentukan corak cuaca La Nina untuk tahun ketiga berturut-turut di Lautan Pasifik sekali gus meningkatkan risiko hujan dan banjir di rantau berlainan di dunia, lapor agensi berita Wion News..

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) yang merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ini adalah kali pertama dalam abad ini fenomena cuaca La Niña berlaku selama tiga tahun berturut-turut.

“Ia adalah luar biasa untuk La Nina berlaku tiga tahun berturut-turut ,” kata Setiausaha Agung WMO Petteri Taalas dalam satu kenyataan.

La Niña salah satu daripada tiga fasa corak cuaca dinamakan Ayunan Selatan El Niño (ENSO).

Ia merujuk kepada penyejukan luar biasa di perairan tropika timur Lautan Pasifik. La Nina mewakili tempoh suhu permukaan laut yang lebih sejuk dan di bawah purata merentasi Lautan Pasifik dari timur hingga ke garisan khatulistiwa.

Di bawah corak cuaca La Nina, arus laut panas mengalir ke timur laut Australia dan angin kuat membawa kelembapan ke atmosfera di pantai timur Australia. Kedua-duanya memerangkap kelembapan yang membawa kepada hujan lebat dan banjir.

“Suhu permukaan laut di perairan tropika Lautan Pasifik tropika telah menyejuk sejak Jun lalu dan kini berada di ambang fenomena La Niña.

“Corak cuaca ini menunjukkan La Niña ini mungkin memuncak semasa musim bunga dan kembali neutral pada awal 2023,” kata WMO.


La Nina cenderung membawa musim sejuk yang kurang dingin di Eropah Utara, terutamanya United Kingdom UK dan musim sejuk lebih ekstrem di selatan dan barat Eropah, yang menyebabkan salji turun di rantau Mediterranean. Fenomena cuaca ini juga mengurangkan bilangan taufan pada musim luruh di seluruh Eropah.

Kesan iklim ekstrem akibat La Nina paling dirasai di Benua Amerika..

Di rantau Pasifik, angin lebih kuat tiba di sepanjang bahagian khatulistiwa.Iini membawa kepada keadaan yang menggalakkan untuk pembentukan taufan di rantau Caribbean dan kawasan Atlantik tengah, namun . Di berbilang negeri Amerika Syarikat keadaan ini membawa kepada kejadian puting beliung yang kerap..

Di Australia, Indonesia dan bahagian Asia yang lain, La Nina membawa hujan lebat malah boleh menyebabkan lebih banyak kilat berlaku di Teluk Mexico dan sepanjang Pantai Teluk serta meningkatkan jumlah taufan dan siklon tropika, demikian menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan.

Keadaan menjadi terbalik di Amerika Selatan di mana La Nina menyebabkan kemarau, terutamanya di negara Peru dan Ecuador.

Situasi serupa juga diramalkan di Afrika Timur. Musim keempat kegagalan hujan kini menyebabkan Afrika Timur dilanda salah satu kemarau paling buruk dalam tempoh beberapa dekad.

Menurut Program Makanan Sedunia PBB, Ethiopia, Kenya dan Somalia berada di ambang malapetaka kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan sehingga 20 juta orang berisiko mengalami kelaparan teruk.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori