Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ABIM Temui Dalai Lama,...

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan aktivis NGO pelbagai agama mengadakan pertemuan dengan...

NY Times Namakan Ipoh...

ORANG Ipoh, di mana suaranya.....? Bandar Ipoh, Perak semakin mendapat tempat di hati pelancong...

APMM Tahan 2 Bot...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan dua bot...

KBS Gantung Tugas Jurulatih...

KUALA LUMPUR - Seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan yang ditahan polis semalam kerana...

Lawatan Kerja TPM Singapura Perkukuh Kerjasama Dua Hala

KUALA LUMPUR – Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia bermula hari ini, menjadi peluang untuk kedua-dua negara saling bertukar pendapat dalam pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan lawatan pada 4 hingga 7 September 2022, akan turut memperkukuh hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.

“Selain jiran terdekat, Singapura juga merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak RM267.11 bilion (AS$64.43 bilion) pada 2021 iaitu peningkatan 25.2 peratus berbanding nilai pada 2020,” katanya.


Lawrence dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus selain menyertai sesi dialog tertutup bersama Kuala Lumpur Business Club.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori