Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nam Ron Teruja ‘One...

PENGARAH dan pelakon Nam Ron memberitahu dia teruja apabila filem arahannya One Two...

Sultan Selangor Tidak Teruskan...

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berhasrat menyambung tugas sebagai...

Minum Kopi Kurang Risiko...

NEW YORK - Tabiat minum kopi dikaitkan dengan kadar kematian lebih rendah dan...

Tanah Mendap : Proses...

SERI KEMBANGAN : Sebanyak 17 deretan kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana...

Mahkamah: Muhammad Shafee Kembali Wakili Najib Dalam Kes SRC

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. melibatkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dinyatakan Muhammad Shafee ketika sebutan kes pengubahan wang haram RM27 juta membabitkan Najib dalam tiga akaun AmPrivate Banking di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

“Saya kembali untuk mewakili Najib…meskipun berlaku sedikit `kekecohan’ ketika pendengaran rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan bulan lepas,” katanya.

Semasa prosiding hari ini, Hakim Mohamed Zaini sempat berseloroh mengatakan peguam tersebut sepatutnya terus mewakili anak guamnya.

Muhammad Shafee sebelum ini digugurkan oleh Najib daripada mewakili beliau dalam rayuan akhir bulan lalu dan digantikan dengan pasukan pembelaan baharu diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik serta peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).


Bagaimanapun, ketika prosiding rayuan pada 18 Ogos lalu, Hisyam pula memohon menarik diri selepas panel lima hakim bersidang tidak membenarkan prosiding itu ditangguhkan manakala peguam daripada ZIST diberhentikan oleh Najib.

Pada prosiding hari ini ditetapkan untuk sebutan kes Najib yang menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM27 juta menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 November ini bagi satu lagi tarikh sebutan untuk mengetahui perkembangan permohonan semakan Najib.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Ashrof Adrin Kamarul.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori