Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tingkat Gaji Minimum Penjawat...

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan...

Kapal Berusia 400 Tahun...

CASCAIS (PORTUGAL) - Pakar arkeologi yang menjalankan pencarian di sekitar perairan Portugal menemui...

Video: Pekerja Asing Jadi...

SEORANG pekerja asing mendapat perhatian meluas di Internet selepas menjadi hero dengan menyelamatkan...

SKMM Buka Pencalonan Anugerah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang membuka pencalonan untuk...

Mahkamah Tolak Permohonan Yusoff Batal Tuntutan Balas Anwar

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini, menolak permohonan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther, untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Presiden PKR itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Permohonan itu berhubung saman difailkan Muhammed Yusoff, atas dakwaan serangan seksual oleh ketua pembangkang terbabit di kediamannya, empat tahun lalu.

Peguam bela Muhammed Yusoff, Mahajoth Singh, berkata permohonan itu ditolak dengan kos RM3,500, namun tiada tempoh dimaklumkan bagi bayaran berkenaan.

“Defendan (Anwar) pula ada failkan dua permohonan iaitu penzahiran dokumen dan interlokutori. Pendengaran untuk kedua-dua permohonan itu pada 23 September ini.

“Ia menerusi aplikasi Zoom di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee,” katanya kepada BH.

Prosiding sebutan kes hari ini, diadakan secara sidang video di hadapan pesuruhjaya sama.


Pada 9 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Anwar, 73, memfailkan penyataan pembelaan dalam saman dikemukakan Muhammed Yusoff, 28.

Pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff, memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar, di Segambut, di sini.

Bekas pembantu penyelidik Anwar itu selaku plaintif mendakwa Presiden PKR berkenaan, melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya, manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.

Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan, selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik, yang menyokong Anwar serta orang awam.

Oleh itu, Muhammed Yusoff menuntut ganti rugi khas, umum, teruk, teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori