Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahli PAC Pembangkang Bohong...

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin pembangkang dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbohong...

COVID-19: Menteri Kesihatan Jalani...

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diarahkan menjalani pengawasan dan...

KPT Fokus Lahirkan Graduan...

SERDANG - Lebih banyak peluang dan program usahawan akan dijana di peringkat universiti...

Eizlan Yusof Tuntut PDRM...

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof menuntut Polis Diraja...

Mahkamah Tolak Rayuan Azeez Batal 9 Tuduhan Rasuah, Ubah Wang Haram

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sembilan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke atas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaiamanapun, mahkamah yang sama bersetuju membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram terhadap pemimpin Umno itu.

Panel tiga hakim diketuai Kamaludin Md Said bersama Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali membuat keputusan itu secara sebulat suara.

Mahkamah membatalkan empat pertuduhan berkenaan kerana pihak pendakwa raya gagal memberikan butiran lokasi kesalahan itu berlaku dan hanya menyatakan bahawa ia berlaku “di sekitar Lembah Klang”.

Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan bersambung dan sebutan kes ditetapkan pada 7 September ini.

Setakat ini mahkamah telah mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan pada perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.

Azeez pada asalnya didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM13.9 juta.

Dia membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin yang pada 12 Mac 2021 yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan.

Azees pada 2019 didakwa menerima rasuah RM5.2 juta berhubung projek pembinaan jalan raya di Kedah dan Perak.

Dia turut didakwa atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.


Dia merayu terhadap tuduhan itu, dengan alasan bahawa ia dilakukan dengan niat jahat.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguamnya Amer Hamzah Arshad berkata Mahkamah Rayuan mendapati berlaku percanggahan dalam satu laporan analisis kewangan yang dihasilkan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Analisis SPRM menyatakan dana berkenaan datang daripada “imbuhan yang sah”.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan berkata ia adalah untuk mahkamah yang menetukannya, justeru perbicaraan akan bersambung di mahkamah sesyen.

Amer Arshad berkata ini adalah ketara kerana pasukan peguam Azeez telah membuat representasi kepada Peguam Negara mengenai perkara berkenaan untuk menunjukkan bahawa pertuduhan itu adalah cacat dan harus digugurkan.

Bagaimanapun, Peguam Negara masih belum menjawab permohonan representasi mereka, katanya.

“Kami harap selepas dengar nasihat Mahkamah Rayuan, ami harap AG (Peguam Negara) akan pertimbangkan dan buat keputusan.

“Kami sudah tekankan pada AG bahawa ada percanggahan iaitu status wang yang diterima datuk Seri Azeez.

“Kita terima keputusan Mahkamah Rayuan…kita akan bersedia dengan langkah-langkah seterusnya.kami akan teruskan dengan representasi itu,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori