Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana berani bersuara...

“Kunjungan Ayda Tak Ganggu...

BARU-BARU ini kita dihebohkan dengan berita mengenai pelakon, Ayda Jebat dilihat sering kali...

WOW! Fasha Sandha Dibayar...

TIDAK dinafikan, aktres jelita Fasha Sandha merupakan antara pelakon yang mantap dan berkualiti...

PBT Berhak Tutup Taman...

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk menutup kawasan rekreasi dan taman awam...

Majlis Matlamat Pembangunan Mampan Perkasa Agenda Negara

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju menubuhkan Pusat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara bagi memperkasa, mempergiat dan memantau kemajuan program-program SDG di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan pusat SDG adalah di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Agenda pembangunan mampan ini memerlukan penglibatan dan usaha gigih yang menyeluruh serta inklusif daripada semua pihak supaya tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat-syarikat swasta dipertingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis SDG Negara yang julung kali diadakan sejak penubuhannya pada 2016.

Mesyuarat itu melibatkan pihak-pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor iaitu awam, swasta, ahli akademik dan pertubuhan masyarakat sivil yang membincangkan agenda pembangunan mampan negara.


Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, SDG dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2016-2020) dan kini sedang dilaksanakan dalam RMK12 (2021-2025) serta akan diteruskan dalam RMK13 (2025-2030).

“Pelaporan kemajuan SDG negara dilaksanakan setiap empat tahun, sejajar dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pembentangan laporan dilakukan secara berkala menerusi Laporan Semakan Kebangsaan (VNR),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat tersebut bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan (LVR) di peringkat bandaran dan daerah oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan-kerajaan negeri selain satu laporan sekurang-kurangnya akan dihasilkan oleh setiap negeri.

“Setiap negeri digalakkan menyediakan laporan ini sebagai panduan dalam memantau kemajuan Malaysia ke arah pertumbuhan pembangunan negara bagi mengimbangi aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori