KUALA LUMPUR : Parti Makkal Sakti menuntut Barisan Nasional (BN) memberikan peluang kepada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Tuntutan itu dibuat Presidennya, Datuk Seri R S Thanenthiran sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-14 parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Katanya, Parti Makkal Sakti mempunyai calon yang menepati ciri yang ditekankan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam memilih calon pilihan raya.
“Kami ada calon orang muda dalam kalangan kumpulan profesional yang menetapi ciri ‘wali’ iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’, (disukai),” katanya.
Perhimpunan itu dirasmikan Ahmad Zahid.
-Berita Harian