KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebulat suara bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda yang berlangsung pada Isnin dan Selasa.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.
Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan Muda dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Muda terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara akyat diangkat dan bina Malaysia maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.
“Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama.
“Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi,” katanya pada sidang media selepas persidangan itu pada Selasa.
-Sinar Harian