Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sukan Para Asia 2018...

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama...

Perlawanan MU Tidak Disiar...

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United! Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20...

Bapa Adib Failkan Prosiding...

SHAH ALAM - Bapa anggota bomba Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid memfailkan prosiding...

Thailand Akan Dapat Perdana...

PILIHAN RAYA Thailand 24 Mac nanti menyaksikan calon pemimpin muda, Thanathorn Juangroongruankit dari...

Najib Berhak Diberi Taklimat Cadangan Pembetulan Laporan Audit 1MDB

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak berhak untuk diberi taklimat mengenai apa-apa cadangan pembetulan membabitkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata peguam kepada Mahkamah Tinggi, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib berkata, ia adalah kerana 1MDB syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), dengan 100 peratus pemilikan saham, yang mana ketika itu Najib adalah Menteri Kewangan.

Muhammad Shafee mencadangkan perkara itu ketika menyoal balas saksi terakhir pendakwaan, Penguasa Kanan Cawangan Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Haniff Lami.

Muhammad Shafee berkata, Najib berhak juga berhak diberi taklimat mengenai keadaan sebenar syarikat terbabit, selaku pihak yang diaudit.

Haniff kemudian bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee.

Disoal peguam Datuk N Sivananthan pula, saksi itu bersetuju bahawa dalam pemahamannya sehingga kini, Ketua Audit Negara ketika itu, Tan Sri Ambrin Buang, diarahkan membuat pindaan terhadap laporan audit atas arahan Najib dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang menyebabkan beliau merumuskan bahawa mereka melakukan jenayah.

Haniff bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui bahawa Ambrin dalam keterangan di mahkamah menyatakan bahawa pindaan laporan itu dibuat mengikut budi bicaranya.


Haniff berkata demikian ketika memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB, yang dimuktamadkan KAN sebelum laporan itu ‘sekali lagi dimuktamadkan’ dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan berkenaan daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, Haniff, yang juga saksi pendakwaan ke-16, memberitahu mahkamah, satu mesyuarat diadakan oleh Ali pada 24 Februari 2016 yang turut dihadiri Arul Kanda, susulan arahan daripada Najib dan hasilnya terdapat pindaan dibuat terhadap laporan membabitkan empat perkara.

Beliau berkata, perkara pertama ialah dua versi penyata kewangan 1MDB berbeza bagi 2014, disusuli perjanjian Country Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited (ACME).

“Dua lagi perkara ialah isu kehadiran Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) dan isu penangguhan penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN).

“Susulan mesyuarat itu, Laporan Pengauditan 1MDB dibentangkan di hadapan PAC pada 4 dan 7 Mac 2016 adalah laporan dipinda susulan arahan tertuduh kedua,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori