Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Produk Pelancongan Iklim Sederhana...

LANGKAWI - Langkawi yang sekian lama dikenali dengan keindahan alam semula jadi tropikanya...

AES Didik Pengguna Patuhi...

KUALA LUMPUR - Pemasangan 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya-lebuh...

Amah Jijik, Campur Air...

MENJIJIKKAN....seorang amah telah dirakamkan melakukan perbuatan jijik terhadap majikannya di Kuwait dengan mencampurkan...

Di Sebalik Spekulasi, UMNO...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang...

Padah Ugut Sebar Video Bogel Lelaki

Batu Pahat : Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terbabit dalam kes memeras ugut video bogel seorang lelaki.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pada Julai lalu pihak polis menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 26 tahun menyatakan dia menerima panggilan telefon dan diugut oleh seorang lelaki.

“Laporan berkenaan menyatakan mangsa berkenaan diugut oleh seorang lelaki untuk menyebarkan video bogel milik mangsa jika tidak membayar sejumlah wang.

“Mangsa kemudiannya berasa takut dan bertindak memindahkan wang sebanyak RM1,900 ke dalam akaun suspek,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, susulan daripada itu, polis mengesan dan menangkap suspek di Jalan Klang Lama hasil bantuan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield.

“Suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun berasal daripada Kuala Lumpur.


“Semalam suspek dibawa ke IPD Batu Pahat untuk siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Suspek ditahan reman selama dua hari hingga Khamis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai sepuluh tahun atau denda ataupun sebat,” katanya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan video aksi lucah oleh pemanggil yang tidak dikenali.

-Harian Metro

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori