Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menara Taming Sari Sasar...

MELAKA - Menara Taming Sari Bhd (MTSB) menyasarkan hasil jualan tiket berjumlah RM7.5...

Nelayan Perlis Kembali Ke...

KUALA PERLIS - Perairan Perlis pulih dari jerebu membolehkan kira-kira 1,500 nelayan di...

Boleh Makan Di Kedai,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki, mulai esok.Selain...

PM Yakin Dengan Kemampuan...

KULIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Menteri Besar Kedah...

Pakai Pelitup Muka Dalam Premis Tak Lagi Wajib

Individu diberi pilihan sama ada mahu memakai pelitup muka atau tidak dalam premis berkuat kuasa serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun pemilik premis boleh mewajibkan pemakaiannya kepada pengunjung mereka, kata menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Dengan kelonggaran ini juga, orang ramai perlu memikul tanggungjawab individu yang lebih besar melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi seluruh komuniti,” katanya.

Walaupun begitu, Khairy berkata orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, pelitup muka wajib dipakai sekiranya seseorang itu positif Covid-19 atau bergejala, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.

“Pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Persatuan Perubatan Biosimilar dan Generik Antarabangsa (IGBA) – Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos 2020.


Bagaimanapun sejak 1 Mei lalu, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.

Khairy berkata orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

“KKM juga amat menggalakkan supaya pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, pusat membeli-belah dan rumah ibadah,” katanya.

Pemakaian pelitup muka juga digalakkan bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga tua, mereka yang menghidap penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta mereka yang melakukan aktiviti bersama orang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

KKM akan terus memantau situasi Covid-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat, katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori