KUALA LUMPUR: Menjelang mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini, beberapa pemimpin mula tiba di ibu pejabat parti itu di sini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Antara mereka ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.
Setakat ini, sekumpulan 20 wakil media daripada pelbagai agensi berkumpul di bahagian lobi Menara Dato Onn di sini, bagi membuat liputan mesyuarat terbabit.
Mesyuarat MKT akan bermula pada jam 8 malam ini. Sebelum itu, mesyuarat pengurusan parti diadakan pada jam 3 petang diikuti mesyuarat Biro Politik.
BHonline-