Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu...

PUTRAJAYA - Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan oleh bahasa...

Dadah: Penganggur Dipenjara 11...

GEORGETOWN - Seorang penggangur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh...

Varian Omicron Dikesan Pada...

NEW YORK : Penemuan varian Omicron pada rusa liar jenis berekor putih di...

Permohonan Online Universiti Awam...

GEORGE TOWN - Permohonan dalam talian (online) bagi kemasukan universiti awam untuk tahun...

Penduduk Indonesia Tidak Maafkan Pelancong Kencing Atas Gunung Bromo

JAWA TIMUR : Selepas dikecam rakyat Indonesia, pasangan pelancong dari Eropah akhirnya membuat permohonan maaf selepas membuang air kecil di Gunung Bromo di pergunungan Tengger.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penduduk Indonesia mengutuk tindakan biadab lelaki itu yang jelas menghina penganut Hindu dan suku kaum Tengger yang mempercayai kawasan itu adalah pergunungan suci.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video dalam Instagram semasa mengunjungi Taman Negara Bromo.

Menerusi sebuah video, pelancong lelaki dilihat membuang air kecil di puncak gunung berapi yang masih aktif itu.

“Kami datang dari sebuah negara kecil di Eropah dan sudah biasa dengan kehidupan di gunung.

“Kami sering melakukan banyak aktiviti di luar dan kami langsung tidak tahu mengenai kuil suci Bromo dalam kalangan penganut Hindu.


“Kami amat berdukacita kerana tidak terdedah dengan budaya Hindu di Eropah dan kurang ilmu pengetahuan di sini,” kata pelancong itu.

Pasangan itu bagaimanapun tidak menyatakan negara asal mereka.

Namun, ‘negara kecil’ yang dimaksudkan berkemungkinan merujuk kepada Luxembourg atau Belgium kerana mereka bercakap dalam bahasa Jerman.

Permohonan maaf itu bagaimanapun langsung tidak diterima oleh penduduk tempatan dan menegaskan sekiranya ingin melancong ke sesebuah negara mereka perlu melakukan sedikit kajian mengenai kepercayaan dan tradisi setempat.

Pelancong itu bernasib baik kerana sudah meninggalkan Indonesia dan tidak berdepan masalah dengan pihak berkuasa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori