Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Brunei Kekal Tangguh Buka...

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga...

Dari Mana Kerajaan PN...

Dari Facebook Najib RazakPOSTING saya tadi ialah jika kerajaan PN percaya bahawa bantuan...

Polis Botakkan Mak Nyah...

PONDAN di Aceh, terutama yang bekerja di salun rambut ditangkap dan polis kemudian...

Peniaga Wanita Ditipu RM90,000

Kota Bharu : Peniaga dalam talian mengalami kerugian RM90,194 selepas diperdaya oleh scammer yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa, 33, itu berkata, kejadian pada 24 September lalu berlaku ketika dia berada di rumahnya di ini, antara 1.30 tengah hari hingga 6 petang.

Menurutnya, dia dihubungi seorang wanita yang mendakwa sebagai pegawai LHDN Cyberjaya dan ketika itu dia juga sedang menyelesaikan tunggakan LHDN.

“Wanita itu memaklumkan saya mempunyai tunggakan selama 15 bulan yang berjumlah lebih RM30,000.

“Saya terkejut kerana tunggakan yang diterima melalui surat LHDN sebelum ini tidak sebanyak itu dan ia tidak sampai dalam tempoh 15 bulan.

“Saya pelik dan ingin dapatkan kepastian kerana tunggakan itu bukan di bawah syarikat saya, namun nama dan kad pengenalan yang disebut adalah benar.

“Saya diberitahu, nama akan disenarai hitam dan bankrap jika tidak selesaikan tunggakan dalam tempoh segera. Pada masa yang sama, pihak yang menyamar itu memaklumkan akan memfailkan kes kepada pihak polis untuk diselesaikan termasuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, dia mahu membuat laporan di balai polis berdekatan, namun ketika itu suaminya masih bekerja dan pihak yang menyamar itu ‘menyambung’ talian ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Katanya, hasil carian di Internet juga mendapati nombor yang menghubunginya adalah benar dari IPD Kota Bharu dan kemudiannya bercakap dengan seorang lelaki yang mendakwanya adalah Inspektor Ahmad Fauzi untuk membuat laporan secara dalam talian.


“Talian itu kemudiannya ‘disambung’ ke Bukit Aman pula dan saya dimaklumkan terbabit dalam penggubahan wang haram berjumlah RM228,000 yang diterima daripada seorang lelaki dan juga kes penyeludupan dadah sebanyak 90 kilogram (kg).

“Lebih menakutkan apabila dia beritahu, saya boleh dipenjara seumur hidup atau gantung sampai mati.

“Saya juga diarahkan supaya tidak memberitahu orang lain dan diberitahu akta jenayah yang menakutkan selain mereka meminta segera memindahkan wang sebelum akaun dibekukan.

“Saya juga bercakap dengan ‘pegawai polis’ dari Bukit Aman yang bergelar Datuk untuk menyelesaikan kes itu,” katanya.

Menurutnya, seperti dipukau, dia kemudiannya membuat empat transaksi yang berjumlah RM90,194 ke dua akaun yang diberikan.

“Selepas solat Maghrib, saya dan suami mula mengesyaki sedar mereka ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian pada 24 September lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori