Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bung Moktar Mulakan Tugas...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk...

Sangkut ‘Bawa’ Pak Belang

Gopeng -Seorang lelaki ditahan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)...

Jerebu: Indonesia Belum Bersedia...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak pernah bertanya Indonesia kenapa ia tidak menerima tawaran untuk...

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara...

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun terhadap Datuk Zainulabadin...

Perbicaraan Ebit Lew Kes Gangguan Seksual Bermula Esok

KOTA KINABALU : Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, akan bermula esok hingga Jumaat ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ebit, 37, menghadapi 11 pertuduhan, termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.

Ebit pula diwakili peguam, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye.

Pada 18 Februari lalu, Ebit yang juga seorang usahawan, mengaku tidak bersalah selepas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.


Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, dilaporkan berkata pertuduhan terhadap Ebit membabitkan kesalahan yang didakwa berlaku di Tenom, Sabah.

Pada Julai tahun lalu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos serta Oktober tahun lalu, dan beliau dilapor menyifatkan dakwaan terbabit sebagai berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori