Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perairan Malaysia Tetap Selamat...

SIBU - Masyarkat perkapalan antarabangsa diminta agar tidak bimbang dengan ancaman lanun atau...

Polis Pantau Pihak Luar...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan menjalankan risikan dari...

Mia Ahmad Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon jelita, Mia Ahmad yang telah pun sah bergelar isteri...

Laksa Johor Yang Sedap

Adakah anda seorang yang menggemari makanan tempatan kita iaitu Laksa? Bagi penulis, Laksa...

Permohonan Sertai BN, PBM Tunggu Pengumuman Rasmi

JEMPOL : Parti Bangsa Malaysia (PBM) menunggu pengumuman rasmi daripada Barisan Nasional (BN) berhubung permohonan PBM untuk menyertai gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden penaja parti itu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan kepemimpinan BN dan setakat ini respon mengenai perkara tersebut adalah positif.

“Kami ada beberapa pertemuan dengan kepemimpinan BN, respon positif dan kami cuma menunggu pengumuman rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Pelancaran Nurseri dan Perasmian Perladangan Komuniti di Plus Intervest Sdn. Bhd. Batu Kikir, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, BN masih memperhalusi permohonan PBM dan beberapa parti politik lain untuk menjadi komponen di dalam gabungan itu.


Beliau menambah, keputusan sama ada meluluskan permohonan parti itu diumumkan kemudian.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai persiapan PBM dalam menghadapi PRU15, Zuraida memaklumkan, PBM sudah membuat perancangan sebaiknya.

“Kami tetap dengan perancangan asal dan akan menunggu masa (pelaksanaannya),” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori