Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Merokok, Guna Telefon Bimbit...

IPOH : Merokok semasa memandu dan menggunakan telefon bimbit antara 12 kesalahan yang...

Ikut Langkah Safiey Kembali...

YAN - Golongan transgender atau mak nyah perlu mengikuti jejak langkah Safiey Ilias...

PASleak : Pemimpin UMNO...

Pemimpin Umno yang didakwa mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS dan namanya dipetik dalam...

PBAPP Lakukan Operasi Pembenihan...

GEORGETOWN: Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang yang diadakan hari ini dan esok,...

PM Sahkan Terima Surat Perletakan Jawatan Azalina

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sudah menerima surat perletakan jawatan Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, beliau menerima surat perletakan jawatan tersebut setelah Ahli Parlimen Pengerang melepaskan jawatannya pada 29 Ogos lalu.

“Saya telah menerima surat perletakan jawatan daripada Azalina,” katanya ringkas kepada pemberita selepas majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di M. Resort & Hotel di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan meletakkan jawatan pada 29 Ogos lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah menerima perletakan jawatan itu dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.


Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri berkata, tiada isu berbangkit berhubung perjanjian antara pihaknya dengan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, perjanjian yang dibocorkan baru-baru ini sebagai cerita lama.

“Perjanjian dengan Perikatan Nasional adalah cerita lama bukan cerita baharu lagi,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori