Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

DBKL Berhasrat Guna Pakai...

KUALA NERUS - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhasrat mengguna pakai Prosedur Operasi...

PRK Pujut: BN Harus...

KUCHING - Selepas meranapkan kubu kuat DAP di beberapa kawasan majoriti Cina pada...

Penjenamaan Tingkat Nilai Kebaya...

KUALA LUMPUR - Pertandingan Miss Malaysia Kebaya (MMK) membuka peluang kepada penjenamaan semula...

Mat Maslan Kena Terima...

Assalamualaikum wbt.Saya memerhati sidang parlimen hari ini untuk melihat proses pengundian untuk melantik...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video yang tular itu adalah kes lama berkaitan seorang lelaki kurang siuman melarikan seorang murid dalam kejadian di Taman Scientex, Pasir Gudang, pada 12 Mei lalu.

Beliau berkata, kes tersebut sudah dianggap selesai kerana suspek telah pun didakwa di mahkamah, baru-baru ini.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan semula video lama atau sebarang video yang boleh menimbulkan kegusaran awam, khususnya dalam golongan ibu bapa.

“Individu yang cuba bangkitkan kegusaran masyarakat, kita akan ambil tindakan. Buat laporan polis jika betul dan kita akan ambil tindakan.

“Saya ingin berpesan kepada semua supaya berhati-hati semasa memuat naik video yang menimbulkan kegusaran orang awam, semua perkara yang berlaku, polis akan akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.


Hari ini, tular semula kejadian seorang murid yang menjadi mangsa culik lelaki berkenaan yang secara tidak langsung mengakibatkan orang ramai panik kerana menyangka itu merupakan insiden terbaharu.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, setakat ini tiada kes penculikan berlaku di negeri ini termasuk cerita van putih yang cuba menculik kanak-kanak.

Akibat tular semula video lama itu, pintu masuk sekolah-sekolah menjadi sesak kerana ibu bapa menunggu di luar sekolah setelah bimbang keselamatan anak-anak mereka.

“Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada polis sekiranya berlaku sebarang kejadian berunsur jenayah agar tindakan segera dapat diambil,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori