Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Percepatkan Tempoh Pemberian Rebat...

KUALA LUMPUR - Isu kad prabayar dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang...

Operasi Cari Dua Lagi...

KUNDASANG - Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian...

JPJ Kelantan Sita 18...

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 18 buah kenderaan dalam...

Mahathir Gembira Bendera DAP...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih...

Polis Mungkin Panggil Semula Saksi, Kes Draf Kehakiman Najib, Rosmah bocor

KUALA LUMPUR : Polis mungkin akan memanggil semula semua saksi bagi siasatan kes kebocoran keputusan penghakiman membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata tindakan itu akan dibuat jika perlu bagi melengkapkan kertas siasatan, berdasarkan nasihat Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 30 Ogos lalu dan ia akan dikembalikan semula kepada polis dalam masa terdekat bagi melengkapkan beberapa perkara.

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan ini secepat mungkin dan jika ada keperluan, kemungkinan keterangan semua saksi yang dipanggil sebelum ini akan diambil semula.

“Siasatan yang dilakukan kali ini akan memberi fokus terhadap tindakan yang dinasihatkan oleh Timbalan Pendakwa Raya kepada polis bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, seramai 27 saksi sudah diambil keterangan iaitu 17 individu, membabitkan kebocoran keputusan penghakiman Najib dan sepuluh lagi membabitkan Rosmah.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, memaklumkan antara saksi yang diambil keterangan adalah pegawai mahkamah bagi membantu siasatan ke atas dakwaan draf penghakiman bocor mengenai kes rasuah Rosmah.

Kenyataan itu diambil daripada kakitangan bahagian penyelidikan mahkamah dan Hakim Zaini Mazlan, yang mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.


Pada 29 Ogos lalu, blogger Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu di laman sesawangnya, dengan mendakwa bahawa keputusan penghakiman yang mendapati Rosmah bersalah, sudah ditulis.

Dalam perkembangan berasingan, Azmi berkata, kertas siasatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, sudah hampir lengkap.

“Sebaik kertas siasatan itu dilengkapkan, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan itu jam 3 petang, 3 September lalu.

Terdahulu, pegawai khas Abdul Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi, yang didakwa memfitnah beliau dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS), dengan merujuk hantaran di media sosial yang disifatkan bertujuan merosakkan nama baik Ahli Parlimen Mersing itu.

Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog dan menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan TikTok.

Rafizi didakwa memfitnah Abdul Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh, yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS, sedangkan menteri terbabit sudah menafikan hubungannya dengan wanita itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori