Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Proses Bawa Turun Jenazah...

PUTRAJAYA: Proses membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Leftenan Kolonel...

Hakisan Bukit Bahayakan Penduduk...

GUA MUSANG - Hakisan tanah di kawasan berbukit Tanah Tinggi Lojing di sini,...

Imigresen Cekup 34 Bangladesh...

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan dan menahan...

Anggota Rela Maut Terkena...

BESUT - Seorang anggota Rela terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan...

PRU-15: PM Jangka Jumpa ‘Top Five’ UMNO Sebelum Bajet

BAYAN LEPAS : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa beliau mungkin berjumpa dengan ‘top five’ UMNO untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum pembentangan Bajet 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

‘Top five’ UMNO merujuk kepada lima kepimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

“Macam saya beritahu sebelum ini apa sahaja keputusan yang dibuat kita tunggu ‘top five’ UMNO bermesyuarat.

“Bila mesyuarat? Mesyuarat itu secepat mungkin,” kata Perdana Menteri menjawab pertanyaan media berhubung kemungkinan PRU15 akan diadakan pada tahun ini.

Ismail Sabri turut ditanya sama ada pertemuan itu akan berlangsung selepas pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober ini.


“Mungkin awal (sebelum Bajet 2023),” katanya ringkas.

Mengulas mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Razak, Ismail Sabri berkata, beliau sudah berhubung dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan keperluan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

“Saya akan periksa. Semalam saya sudah menghubungi KKM apa sahaja yang diperlukan kita cuba penuhi. Kalau perlu masuk ke mana-mana (hospital) KKM akan putuskan,” katanya.

Terdahulu Ismail Sabri menghadiri Majlis Perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di Pusat Konvensyen Setia SPICE oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori