Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

BB Bakal Hadir Dengan...

Khas kepada anda yang merindui aplikasi chat BBM pada peranti beri hitam ini,...

Tidak Salah Rafidah Kritik...

PORT DICKSON - Tindakan Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH)...

Penduduk PPR Ampang Jajar...

GEORGE TOWN - Sekumpulan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Ampang Jajar di...

Apa Nasib Pemandu Teksi?...

KUALA LUMPUR - Lagi berita kurang menyenangkan buat pemandu teksi! Menteri Pengangkutan yang juga...

PRU15: PAS Akan Bekerjasama Dengan BN, Bersatu

Putrajaya : PAS akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presidenya, Datuk Idris Ahmad berkata, PAS juga akan berkerjasama dengan semua parti Melayu Islam bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak berkuasa semula di Putrajaya.

Katanya, kita harus melihat kembali dan belajar daripada kegagalan pemerintahan PH selama 22 bulan selain tidak mampu menunaikan manifesto kepada rakyat.

“Pengajaran ini perlu dihayati dan dijadikan pengajaran sepanjang tempoh PH memegang tampuk pentadbiran dan turut ditolak oleh rakyat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 di Dataran Kompleks Islam di sini, hari ini.

Seramai 89 peserta menyertai program ini membabitkan Kelab Permotoran sekitar Lembah Kelang ke Pulau Pinang bagi menyantuni komuniti juvana, Biseksual dan Transgender (LGBT), pesakit Aids, HIV dan orang kena pengawasan (OKP) dadah untuk bersama-sama mengisi slot usrah dan bergotong-royong.


Idris berkata, PAS sememangnya konsisten menentang aktiviti rasuah dan parti itu tidak berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melakukanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, tuduhan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad menggambarkan PAS tidak bermoral kerana menggunakan nama Islam untuk berkawan dengan BN dan mempertahankan pelaku rasuah adalah tidak tepat.

Menurutnya, PH menuding jari ke arah PAS sedangkan pemimpinya juga berhadapan dengan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di mahkamah membabitkan rasuah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori