Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Tsunami Di Pulau...

CARITA - Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia bertungkus-lumus menyelamatkan komuniti dari beberapa pulau...

Puluhan Ribu Terus Serbu...

PUTRAJAYA - Hari kedua bagi sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 kali...

Peraduan Mesra Petronas, Nelayan...

KUALA LUMPUR – Seorang nelayan menganggap kejayaannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000...

Penyokong Mahathir – #PemilihanPKR...

KUALA LUMPUR - Penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad mula melancarkan serangan media sosial...

Pulau Pinang Tunggu Keputusan EIA Terbaharu PSR

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu keputusan laporan penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) yang dihantar buat kali kedua kepada Jabatan Alam Sekitar (Jas) pada 29 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation (PIC), Datuk Seri Farizan Darus berkata, laporan EIA terbabit sudah dibuat penambahbaikan berbanding laporan awal yang dikemukakan pada 2019, tetapi ditolak Jas pada 2021.

“Saya ingin menjelaskan permohonan semakan kehakiman dibuat melibatkan EIA pertama pada 2019 dan bukan EIA terbaharu ini supaya keputusan yang dibuat berdasarkan perkara teknikal boleh dibuat pindaan.

“Jadi untuk EIA yang dikemukakan semula itu, kita ada berjumpa dan membuat pembentangan kepada panel (Jas) dan masih tunggu laporan keputusan untuk memuktamadkan keperluan dalam EIA tersebut termasuk aku janji yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran program pendidikan anak nelayan Pulau Pinang Selatan di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) PSR di kampus Universiti Sains Malaysia, di sini, hari ini.


Farizan berkata, mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) prosedur operasi standard (SOP) keputusan EIA terbaharu itu sepatutnya diperoleh pada bulan ini, namun ia tertakluk kepada bidang kuasa Jas.

Katanya, jika EIA itu mendapat kelulusan, pihaknya akan mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) sebagai tindakan lanjut, yang antaranya mengandungi perincian syarat pelaksanaan serta amalan pematuhan kerja di kawasan terbabit.

Sebelum ini, Lembaga Rayuan Jas mengetepikan kelulusan Ketua Pengarah Jas yang memberi kelulusan EIA untuk PSR.

Keputusan Lembaga Rayuan Jas itu menyaksikan kelulusan EIA bagi projek berkenaan yang diperoleh pada 25 Jun 2019 adalah terbatal dan tidak lagi sah.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori