Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Filipina Isytihar 21 April...

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos mengisytiharkan tarikh 21 April ini sebagai cuti...

SPRM Sahkan Pendrive ‘Panas’...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan pemacu pena atau 'pendrive'...

Gambar: Wanita Tunjuk Teknik...

BAKAT terpendam yang dianugerahkan kepada setiap individu di dunia ini ternyata berlainan sama...

PKP: Pasangan Jarak Jauh...

KUALA LUMPUR - Mulai esok, pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi...

Ratu Elizabeth II Kunjungi Malaysia 3 Kali

KUALA LUMPUR : Sepanjang tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth II, baginda melawat Malaysia sebanyak tiga kali bersama suaminya Putera Philip.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Baginda melawat Malaysia pada 1972 sempena Lawatan Khas, 1989 (Mesyuarat Ketua Negara Komanwel Ke-11) dan 1998 (Temasya Sukan Komanwel Ke-16).

Sementara itu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menerusi ciapan Twitter, mengucapkan takziah kepada kerajaan United Kingdom dan keluarga kerabat diraja dan mengingati kunjungan baginda ke Pulau Mutiara itu pada tahun 1972.

“Salam takziah kepada kerajaan UK dan keluarga diraja atas kemangkatan Ratu kesayangan yang memerintah selama 70 tahun.

“Pulau Pinang mengingati kunjungan baginda ke Pulau Mutiara pada tahun 1972,” katanya.

Pada kunjungan baginda sekitar tahun 1972, Ratu Elizabeth disambut oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Sultanah Bahiyah.


Pada 1998, temasya Sukan Komanwel ke-16 dibuka rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pada 11 September dan ditutup rasmi oleh Ratu Elizabeth II pada 21 September 1998.

Selain Ratu Elizabeth II dan Earl of Wessex, kerabat diraja Britain yang mengadakan lawatan ke Malaysia adalah pasangan diraja Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Catherine pada 2012, serta pasangan diraja Prince of Wales dan Duchess of Cornwall, Putera Charles dan Camilla pada 2017.

Pasangan diraja Duke dan Duchess of Cambridge pada 2012 telah mengadakan lawatan dua hari ke Sabah, mewakili Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda.

Pasangan diraja Prince of Wales dan Duchess of Cornwall pula mengadakan lawatan tujuh hari ke Malaysia pada 2017, sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dengan UK.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori