Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Terjatuh Eskalator...

SEORANG wanita maut terjatuh dari eskalator di World Trade Center Oculus di New...

Ambil Alih MAS Isu...

MAS kini sudah mencapai tahap tenat, daripada berita kerugian sudut bisnes kepada dua...

Rujuk Jabatan Agama Jika...

KUALA LUMPUR - Rujuk jabatan agama dan jangan percaya 'bulat-bulat' dakwah di media...

Isu Tiket Final: Presiden...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan layanan...

Remaja Lemas Ada Penyakit Sawan, Tidak Pandai Berenang

KOTA TINGGI – Remaja perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar dekat sini pada Jumaat, dipercayai menghidap penyakit sawan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ibu mangsa, Radiah Rahmad, 42, berkata, disebabkan penyakit itu Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, akan tidur dengannya pada setiap malam.

“Malam tadi Nurish Qhalisya meminta izin untuk ke Tanjung Balau bersama kawan-kawan sebab bosan duduk di rumah. Saya pesan jangan mandi dan dia kata dia pergi nak bergambar sahaja, sebab itu saya izinkan.

“Nurish Qhalisya tidak pandai berenang. Kemudian saya kejutkan dia pada jam 5 pagi dan lihat dia kelam-kabut bersiap untuk keluar. Itu kali terakhir melihatnya,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 8.30 pagi itu, Nurish Qhalisya bersama-sama lima rakannya mandi di kawasan tersebut sebelum hilang dan ditemukan mati lemas pada jam 2.37 petang.

Selain Nurish Qhalisha, dua beradik, Mohd Asyraf Syazwan Mohd Fairuz, 7, dan Nur Azrin Syazwani, 13, dilaporkan kritikal dan kini di bawah pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kota Tinggi (HKT).

Tiga lagi mangsa, Siti Alesya Qistina Mustafa, Siti Nur Alysya Abdullah dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari yang semuanya berusia 13 tahun dilaporkan selamat.


Radiah berkata, paling menyedihkan dia kehilangan anak keenam daripada tujuh beradik itu pada hari jadinya iaitu pada Jumaat.

“Hari ini (Jumaat), hari jadi saya yang saya akan ingat sampai mati. Saya sedih sangat, saya ingat saya mati dulu. Hari jadi saya hari ini (Jumaat), hari jadi dia pula 22 September nanti.

“Dia ada minta hadiah, tetapi dia kata kalau mak tak dapat bagi tak apa, nanti kawan-kawan dia boleh bagi. Tengah malam tadi, kakak dia nak buat panggilan telefon sempena hari jadi saya, tetapi dia tiba-tiba masuk tidur, saya pelik, selalunya dia tidur lewat,” katanya.

Dia reda dan terima ketentuan tersebut apatah lagi anaknya itu menemukan ajal pada penghulu segala hari, Jumaat.

Sementara itu, bapa mangsa, Suhailizam Mohd Onir, 47, merasa tidak sedap hati ketika menghantar Nurish Qhalisya ke rumah kawannya pada jam 7.30 pagi Jumaat apabila anaknya tidak menjawab bila mahu pulang.

“Saya tanya balik macam mana, pukul berapa. Dia cuma jawab ‘tak tahu lagi balik’. Masa dia cakap macam itu, rasa tak sedap hati, baru nak rehat kat rumah, isteri dapat berita macam ni,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori