Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

P Pinang Terbuka Bincang...

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang terbuka untuk berbincang dengan Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri...

Anak Kim & Kourtney...

EMPAT cucu Kris Jenner menghiasi kad Krismas keluarga glamor Kardashian dan Jenner yang dikirim...

Kehadiran Tun M Mampu...

PORT DICKSON - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin...

BN Terus Utamakan Gaya...

KUALA LUMPUR – Kesihatan serta gaya hidup sihat menjadi elemen utama yang dititikberatkan...

RM3.93 Bilion Diperuntukan Bagi Rawatan Pesakit Jantung Tahun 2017

PUTRAJAYA – Sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada tahun 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung berdasarkan laporan ‘The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia’ yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lebih membimbangkan, beban kos itu dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut.

Katanya, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung.

“Sejak dua dekad yang lalu, beban penyakit jantung telah merekodkan peningkatan dari 11.6 peratus pada tahun 2000 ke 17 peratus pada tahun 2020.

“Bukti saintifik juga menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular manakala pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, masyarakat perlu cakna faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya dapat mengurangkan faktor risiko serangan jantung.


“Mereka yang menghidapinya dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana tindakan awal akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada tahap yang minimum.

“Semua lapisan masyarakat perlu merebut peluang untuk menjalani saringan kesihatan dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga diseru agar berusaha menjalani gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh, seterusnya menjadi inspirasi serta motivasi kepada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.

“Selain itu, inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai sehingga Disember 2022 adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan.

“Inisiatif ini juga adalah selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori