Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gelandangan: Masjid Negara Pertimbang...

PETALING JAYA - Cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan ruang di...

Dewan Melayu Gesa Mara...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) wajar menghentikan tindakan menutup Mara Corporation,...

Pekerja Kilang Maut, Kereta...

KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang maut selepas kereta yang dipandunya dilanggar sebuah...

Emma Maembong Akui Masih...

TAMPIL kepada media buat pertama kalinya selepas pendedahan status hubungan cintanya dengan Zizan...

Rosmah Fail Rayuan Terhadap Sabitan Dan Hukuman Penjara Serta Denda

KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi, yang mendapatinya bersalah di atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan Rosmah dipenjara selama 10 tahun dan didenda RM970 juta serta penjara 30 tahun lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Peguam bela Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader, ketika dihubungi mengesahkan memfailkan notis rayuan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sebentar tadi melalui e-mel.

Dalam notis terbabit, menyatakan Rosmah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan ingin merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Rosmah turut memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mohamed Zaini yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan dalam kes terbabit.


Semalam, Mohamed Zaini yang melakukan penilaian maksimum terhadap kes itu, mendapati Rosmah gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata pembelaan Rosmah adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas bagi menimbulkan keraguan yang munasabah.

Rosmah didakwa meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori