Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

30 Korban Tanah Runtuh,...

Santa Catarina Pinula - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi hilang semalam,...

Selangor Tetapkan 18 November...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor menetapkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi...

Pilihan Raya Kecil DUN...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK)...

Unik.. Tema Majlis Berinai...

KEBIASAANNYA majlis berinai memainkan peranan dalam menaikkan lagi seri bakal pengantin jadi tak...

Saksi Pendakwaan Tolak Berlaku Konspirasi Terhadap Ebit Lew

TENOM: Saksi pendakwaan, Mohd. Fairuz Abu, 37, tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela, Ram Singh bahawa saksi bersama Firdaus Wong berkonspirasi untuk merosakkan reputasi tertuduh iaitu Ebit Lew.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu keterangan saksi perbicaraan kes gangguan seksual terhadap Pendakwah terkenal, Ebit,37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim di Mahkamah Majistret hari ini.

Ram mengemukakan cadangan bahawa menerusi hantaran dalam media sosial dan membuat pengaturan kepada mangsa untuk ke Bukit Aman bagi membuat laporan polis, saksi dan tertuduh telah berkonspirasi untuk merosakkan reputasi tertuduh.

Malah, selepas laporan polis dibuat oleh mangsa, Mohd Fairuz atau dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi tidak lagi menyiarkan tentang isu ini dalam laman media sosial.

Ram bertanya adakah selepas laporan polis dibuat oleh mangsa, saksi dan Firdaus Wong masih menyiarkan isu ini dalam media sosial mengenai tertuduh.

“Saya tidak, Firdaus ya,” itu keterangan Mohd. Fairuz semasa pemeriksaan balas dilakukan peguam bela di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Semasa pemeriksaan semula pihak pendakwaan, saksi maklumkan mahkamah bahawa semasa laporan polis dibuat di Bukit Aman, beliau menemani saksi dan suami sebagai tanda sokongan serta untuk beri keterangan kepada pihak polis.

Apabila Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria meminta penjelasan bahawa bagaimana saksi dan Firdaus Wong mengatur (perjalanan) mangsa ke Bukit Aman.


Mohd. Fairuz menerangkan bahawa beliau dan Firdaus Wong meminta peguam Multiracial Reverted Muslim (MRM) untuk mendapatkan maklumat mangsa dan suami agar dapat membeli tiket kapal terbang.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Justeru, beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

Perbicaraan akan bersambung semula pada pukul 9.30 pagi esok dengan dua lagi saksi dijangka ditampilkan oleh pihak pendakwaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori