Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Di Rio Kongsi...

NAMA raja pecut dunia, Usain Bolt menjadi hangat baru-baru ini apabila seorang pelajar...

Musibah Banjir Yang Menyatukan,...

KUALA LUMPUR – Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang...

Zahid Ziarah Keluarga Allahyarham...

HULU TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Majoriti Rakyat Masih Patuh...

SHAH ALAM - Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video...

Sembilan Pelajar Hadapi Tuduhan Buli Rakan Sekolah

Chukai : Sembilan pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan kepada tiga rakan mereka di asrama sekolah, 23 Ogos lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua tertuduh yang berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut tuduhan, kesemua mereka didakwa menyebabkan kecederaan dengan menumbuk dan menyepak ketiga-tiga mangsa yang berusia 15 tahun di asrama sekolah terbabit pada 11.30 malam.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau Kedua-duanya sekali.


Mereka diwakili peguam Akmal Wahidah Abd Halim manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azahani Azman.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh dijamin antara RM2,000 hingga RM5,500 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 Oktober nanti.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori