Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Pulau Pinang Rampas...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan lima suspek termasuk seorang wanita yang...

Jumlah Korban Gempa Bumi...

MIRPUR - Jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan, hari ini,...

RM208 Juta Naik Taraf...

ALOR SETAR - Kerajaan memperuntukkan RM208 juta bagi menaik taraf Terminal Feri Kuala...

300 Artis Terpaksa Pinjam...

PADAH.... Lebih kurang 300 orang seniman di negara ini dilaporkan terjebak dengan pinjaman...

Suspek Langgar Lari Pegawai Imigresen Direman Empat Hari

SUNGAI PETANI : Lelaki warga Indonesia yang melarikan diri setelah terlibat dalam kemalangan mengorbankan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kelmarin, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Nor Fazlina Musa mengeluarkan perintah tahanan tersebut terhadap lelaki terbabit yang berusia 27 tahun selepas mendapat permohonan polis di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Suspek yang memakai baju berwarna kelabu dan berseluar putih tiba di mahkamah tersebut dengan diiringi polis kira-kira pukul 9 pagi sebelum proses reman terhadapnya selesai kira-kira sejam kemudian.

Dalam kejadian 9.30 pagi kelmarin, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Samsudin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu suspek.

Kejadian itu turut mengakibatkan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Zaili Nizam Muhammad, 43, patah kaki kanan. Kedua-dua mereka bertugas di Depot Tahanan Sementara Sungai Bakap di Pulau Pinang.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memaklumkan, suspek ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Semakan nombor pendaftaran kenderaan mendapati kereta tersebut adalah milik abang iparnya,” katanya.

Menurut Zaidy, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori