Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Jamin Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan jaminan Vaksin Covid-19 yang dijangka mula diberikan pada...

Berlakon Dengan Tun M,...

PELAKON terkenal tanah air, Faizal Hussein terpaksa mengelakkan dirinya daripada ditemuramah oleh media...

Belia 18 Tahun Boleh...

PUTRAJAYA - Belia yang menginjak usia 18 tahun masih perlu menunggu kira-kira dua...

PM Hadiri Sidang Kemuncak...

SYDNEY - Pemimpin negara anggota ASEAN dan Australia dijangka membentangkan dua dokumen penting...

Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Masjid, Surau Di KL, Putrajaya Dan Labuan Mulai Esok

PETALING JAYA : Pemakaian pelitup muka dalam masjid dan surau seluruh wilayah-wilayah persekutuan kini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa mulai esok bersamaan dengan Jumaat, 30 September 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini bermakna, para jemaah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak perlu lagi memakai pelitup muka sepanjang masa di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, keputusan itu menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19, Jawi menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan.


“Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.

“Marilah kita semua berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori