KUALA LUMPUR – Tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama ‘top 5’ (lima pemimpin tertinggi) UMNO.
“Bila tarikhnya, saya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zhid Hamidi akan umumkan. Sikit lagi, tak lama (dah), percayalah.
“Saya mendengar dengan jelas. ‘Top 5’ pun semua ada di sini. Jadi, dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk berbincang perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Naib Presiden UMNO itu berkata, perkara penting yang perlu dicapai adalah kemenangan pada PRU-15 apabila Parlimen dibubarkan.
“Jika PRU diadakan dan kita tidak mampu untuk menang kerusi bagi membentuk kerajaan, maka kita kembali (akan kalah) sepertimana PRU-14 sebelum ini,” ujarnya.
Kosmo-