Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rayuan ‘Haruan Makan Anak’...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 April bagi mendengar rayuan...

Mavcom Tidak Lindungi Hak...

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari...

Polis Tahan 3 Lagi...

SUNGAI PETANI - Polis menahan tiga lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes...

Pemandu Rentung Kereta Meletup,...

JITRA - Seorang pemandu Nissan Sentra rentung apabila kereta dipandunya mengalami letupan dan...

Tender Terbuka Perluas Capaian PerantiSiswa Sehingga 400,000 Unit

SHAH ALAM : Kerajaan dapat melakukan penjimatan dan meluaskan capaian pemberian sehingga 400,000 unit tablet berjenama terkenal selepas tender pembekalan terbuka diperkenalkan dalam program PerantiSiswa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata apabila program itu diilhamkan pihak kementerian perlu memastikan pembekal yang dilantik benar-benar mampu memenuhi permintaan itu.

“Setakat ini siling belanjawan bagi program ini masih lagi kekal kerana kita membuka tender terbuka yang sangat kompetitif.

“Melalui tender ini, kita mampu melakukan penjimatan dan ia dapat diperluaskan sehingga kepada pelajar Tingkatan Enam kerana kita optimimumkan belanjawan.

“Kita peroleh harga yang begitu kompetitif, termasuk harga peranti yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Peranti yang diterima adalah terkini, malah hadir dengan aksesori asli.

“Kita juga peroleh waranti selama dua tahun,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Program PerantiSiswa dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Dalam sidang Bajet 2022 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta, di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang RM65 juta bagi melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.


Annuar berkata, penyerahan peranti dilakukan secara berfasa disebabkan jumlah peranti yang banyak iaitu mencecah sehingga 400,000 unit dan bagi mengelakkan program itu tidak seperti yang ingin dizahirkan.

“Kita buat secara berfasa kerana tiada sesiapa yang sanggup membekalkan, sekali gus 400,000 unit dan tempoh pengajian pelajar juga berbeza, ada yang sudah mendaftar dan ada yang baru mendapat tawaran. Jadi kita mahu beri peluang kepada semua.

“Kita juga mahu pembekal benar-benar memenuhi permintaan. Banyak yang menawarkan diri tetapi tidak mampu menawarkannya,” katanya.

Terdahulu, Annuar dalam ucapannya mengakui kelewatan program PerantiSiswa disebabkan proses tender terbuka yang terpaksa dilakukan secara dua kali.

Beliau juga mengakui berlaku kelewatan dalam penyerahan peranti itu, namun usaha dilaksanakan untuk menjayakan pemberian itu secepat mungkin.

“Program PerantiSiswa adalah program terbesar yang pernah dilakukan kerajaan dan diilhamkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian yang membentuk jawatankuasa khusus untuk membantu kumpulan B40.

“Jawatankuasa dibentuk untuk membincangkan pelbagai perkara, termasuk kos pemberian itu supaya ia memberi kebaikan sebaik mungkin kepada semua pihak. Kita juga wujudkan satu jawatankuasa khas untuk meninjau dan mencari jalan dari sudut teknikal,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori