Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Teruk Kena Kecam, Faiz...

JIKA sebelum ini video parodi instafamous Faiz Roslan tidak terlalu mendapat perhatian umum,...

Video: Ini Cara Indonesia...

IBARAT nasi sudah menjadi bubur, begitulah pengakhiran karier seorang anggota polis berpangkat koperal,...

Haji: Jemaah Diminta Utama...

KUALA LUMPUR - Jemaah-jemaah haji Malaysia dinasihati membuat persiapan rapi serta mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan diri mereka sepanjang berada...

Zahid Mohon Maaf Kepada...

KUALA TERENGGANU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan permohonan...

Tiada Keperluan Lantik TPM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan, tiada keperluan untuk membuat sebarang pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam Kabinet bawah pentadbiran beliau kini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, status empat Menteri Kanan ketika ini dilihat sebagai sudah mewakili TPM dengan keistimewaan yang hampir sama dengan jawatan berkenaan.

“Sebelum ini, saya sudah perjelaskan kepada wakil Perikatan Nasional (PN) pada satu perjumpaan dan memberi pandangan mengenai isu itu.

“Saya sebagai Perdana Menteri ingin memfokus kepada pemulihan ekonomi serta isu berkaitan rakyat seperti kos sara hidup yang meningkat dan sebagainya.

“Itu lebih penting sebenarnya daripada isu lain. Fokus utama ialah mengurangkan tekanan kepada rakyat. Saya rasa rakyat lebih memerlukan perkara ini, bukan bincang perkara lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022, di sini, hari ini.


Kabinet bawah pimpinan Ismail Sabri ketika ini tidak mempunyai jawatan TPM, sebaliknya terdapat empat jawatan Menteri Kanan.

Mereka ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengaku membuat draf perjanjian mengenai jawatan TPM, sekali gus mengesahkan perjanjian itu wujud seperti pernah dimaklumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori