Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Saksi MoU 4...

PUTRAJAYA - Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini menandatangani perjanjian dengan...

Mat Redho Julang Nama...

KUALA LUMPUR - Bekas juara Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan mencipta sensasi...

Kuota Minyak Masak Subsidi...

KUANTAN - Kuota minyak masak bersubsidi di Pahang ditambah 200 tan lagi kepada...

Doktor Rakam Pembantu Wanita...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang doktor lelaki kerana disyaki merakam seorang pembantunya...

Tiga Beradik Antara Empat Ditahan Edar Dadah

Tawau : Empat individu termasuk tiga beradik direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, dekat sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zul Elmy Yunus selepas membenarkan permohonan dikemukakan pihak polis.

Terdahulu, kesemua suspek berusia 20 hingga 43 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di tempat letak kereta di Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, dekat sini, kira-kira 5 petang semalam selepas dilihat mencurigakan.


Ketika serbuan, dua suspek dilihat memunggah tiga kotak mengandungi sejumlah dadah jenis ganja dari but belakang kereta dinaiki mereka lalu membawanya naik ke tangga sebuah premis sebelum ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan ganja antara yang terbesar pernah direkodkan, setakat ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori