Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Palestin Maut Ditembak...

GAZA - Seorang pemuda Palestin maut ditembak tentera rejim Zionis manakala tujuh lagi...

Selena Gomez Menangis Di...

Tak faham sungguh kami kenapa Justin Bieber juga yang dikejar oleh penyanyi dan...

Rizman Ruzaini Mahu Reka...

KAMI yakin ramai yang agak terkejut dengan 'caption' sempena ulang tahun perkahwinan Datuk...

Malaysia Airports Akan Kutip...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. akan mengambil langkah untuk mengutip tunggakan...

TMJ Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat Batu Pahat, menerima sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyampaian bantuan keperluan asas sebanyak 60 kotak tersebut telah disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan para sukarelawan Southern Volunteers (SV).

Selain itu, mangsa banjir juga menerima bantuan sebanyak RM1,000 untuk setiap keluarga daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.


Sementara itu, jumlah mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di PPS SMK Sri Gading menurun kepada 164 orang setakat 8 malam tadi berbanding 194 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam satu kenyataan, memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu melibatkan Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori